Rajuk ,
Sebenar hanya ingin dipujuk
Kerna hati ini terlampau rajuk
Bukanlah niat untuk menunjuk .
Rajuk ,
Dia merajuk dengan harapan supaya dipujuk
Dengan kecewa diselimut tubuhnya yang sejuk
Menangis sendiri kerana merajuk
Dia tertunggu
Sampai terlelap matanya
Dan dia masih menunggu
Bersama air yang mengalir di tubir mata
Dia terus menanti
Supaya rajuknya hilang lagi
Harap kan sang mentari untuk jelma kembali
Tapi akhirnya dia yang memujuk dirinya sendiri
Terkaku dia disentak fantasi
Terlena dari dibuai mimpi
Matanya terbuka mencari realiti
Bahawa kau sudah tiada disisi
Cari dan terus mencari
Hilangnya kau jauh kemari
Hilangnya kau saban hari
Pergi kemana engkau yang ku cari ?
Habis rajuknya tidak dipujuk
Kau pula pergi jauh sekali
Mengharapkan kau untuk kembali
Kembali pada dirinya ini
Agar kita dapat bersatu disini
Memutik semula semuanya yang dikesali
Ku mohon kau kembali
Dengan kenangan yang dibekali
Semoga cukup untuk kau nanti
Ku kan menanti tuk kau datang kembali .
Dan tunggu untuk kembali
Sehingga puas aku menanti
Akhirnya ku pujuk diri sendiri
Dengan tabah ku gagahi
Lekas bangun dari fantasi
Dan terus berdepan dengan realiti
Bahawa kau takkan pernah berada disisi .