Di akhir

Dalam meniti onak yang penuh duri
Kau selami dengan hati yang nurani
Katanya engkau yang aku cari
Sekian lama aku menanti

Di akhir perpisahan ini
Air mata sebagai pengganti
Bahagia yang dulu kita kecapi
Hanya untuk sementara cuma

Aku redha jika itu
Yang perlu aku hadapi
Meski terkesan luka di hati
Namunku tetap gagahi
Meneruskan lagi hidupku ini

Cubalah engkau kenangkan
Segala memori yang kita cipta
Sematkan ia di dalam dada
Agar bersemi selamanya

Aku pergi

Aku pergi jauh sendiri
Membawa hati yang luka ini
Mencari realiti
Bahawa kau sudah tiada disisi
Yang dulunya pernah
Menghadirkan sejuta rasa
Yang dapat ku semat dalam dada
Hanya kau selamanya

Meskipun jauh kita berada
Namun hati ku masih cinta
Tanpa rasa
Segelumat benci di dada

Tanpa kau terasa sunyi
Tak mampu lagi aku berdiri
Kerna kau sudah biasa menemani
Segenap hidupku yang indah ini

Tapi kini
Kenangan hanya tinggal kenangan
Kau yang dulu
Tidak akan pernah kembali

Semua ini berlalu
Pantas hingga membuatkan
Aku mati tersentak realiti
Kerna terbuai dengan fantasi
Kononnya kita bersatu kembali
Meski banyak halangan yang perlu ditempuhi

Cuba ..

Cuba .. kau fikirkan
Perasaan aku tatkala ini
Dikala ingin mengecapi bahagia
Dikala ingin merasai ertinya
Datangnya derita yang tak ku duga

Cuba .. kau fikirkan
Apa yang aku sedang rasai
Tatkala ini tanpa engkau disisi
Mengharungi semuanya seorang diri
Sakit .. namun ku tetap gagahi
Untuk teruskan sisa hidupku ini

Cuba .. kau fikirkan
Seksa yang ku hadapi tanpa dirimu
Hancur luluh segenap hatiku
Bagai direntap duri sembilu

Namun
Aku akan selalu menunggu
Kepulanganmu biarpun
Hingga ke nafas terakhir


Kau hadir

Kau hadir menemani
Dikala malam tiada cahaya
Kau hadir memberi
Seribu makna
Hingga aku tidak lagi terdaya
Melupakan segala tentang kita
Hanya bibir mampu mengungkap
Segala sebak didalam dada

Kau hadir memberi
Sejuta rasa yang aku ingini
Sudah sekian lama hari
Kini baru aku temui
Rasa sempurna hidupku ini

Perpaduan

Kau , Aku dan Kita
Berlainan bangsa dan juga agama
Namun kita teguh bersama
Mengharungi segala onak bencana

Yang dulunya bermusuh semua
Kini kita erat bersama
Menjaga negara yang kita punya
Dari dijajah oleh sang durjana

Kau , Aku dan Kita
Meskipun kita berlainan cara
Namun kita semuanya manusia
Tetap sama dimata sang pencipta

Kau , Aku dan Kita
Menjadi simbolik kekuatan negara
Untuk wawasan yang dipinta
Agar kita teguh sentiasa

Meskipun berlainan tona kulitnya
Namun kita ,seperti sebuah persahabatan yg tidak terungkap
Dengan perkataan , senyuman malahan dengan lambaian

Harga sebuah perpaduan yang kita corakkan
Terlalu bernilai hinggakan darah tidak mampu bisa membelinya

Kita megah kerna adanya semua bangsa
Bersatu padu ke arah kemajuan
Berdepang dada membawa sejuta harapan
Agar perpaduan terus berkekalan
Hingga ke hembusan akhir usia dunia

Kau , Aku dan Kita
Marilah kita semua bersama
Supaya kita tidak mudah diperdaya
Dengan tipu helah menjajah semua
Yang hanya pentingkan dunia

Bangunlah kita jangan leka
Dengan kemodenan yg diberi mereka
Kerna pasti ada kesannya
Kepada kita dan juga negara

Bangunlah kita bersama sama
Memimpin erat tak kira bangsa
Kerna itu kunci utama
Yang tak akan dapat dirobek mereka


Rindu

Rindu
Selalu datang bertamu
Mencengkam pedih hatiku
Bagai dihiris duri sembilu

Rindu
Menatap wajahmu
Yang menjadi igauan
Dalam setiap mimpiku

Rindu
Jenakamu
Yang dulunya
Hanya untukku

Rindu
Semua tentangmu

Pahatkan
Kenangan kita
Agar tersemat selama lamanya

Hatiku bersuara

Hatiku bersuara
Kini lebih bermaya
Kerna tidak lagi berdaya
Menahan segala yang dirasa

Hatiku bersuara
Kerna ku telah terluka
Oleh panah asmara
Yang membuat aku tersiksa

Hatiku bersuara
Kerna apa yang dirasa
Tak dapat menanggung segala sebak didada
Hatiku pedih tidak bermaya

Hatiku bersuara lagi
Apa salahku diperbuat begini ?
Ku terluka saban hari
Untuk menanti sang pujaan hati
Yang tlah tinggalkan diriku ini
Tergapai gapai mencari realiti
Kononnya kau masih ada disisi

Ku akan pergi
Pergi dari derita ini
Kerna aku tak sanggup lagi
Untuk teruskan semua ini

Ku terdiam dan terpaku
Bila kau tiada lagi disisiku
Mengenangkan kisah lalu
Menambah luka dihatiku