Di akhir

Dalam meniti onak yang penuh duri
Kau selami dengan hati yang nurani
Katanya engkau yang aku cari
Sekian lama aku menanti

Di akhir perpisahan ini
Air mata sebagai pengganti
Bahagia yang dulu kita kecapi
Hanya untuk sementara cuma

Aku redha jika itu
Yang perlu aku hadapi
Meski terkesan luka di hati
Namunku tetap gagahi
Meneruskan lagi hidupku ini

Cubalah engkau kenangkan
Segala memori yang kita cipta
Sematkan ia di dalam dada
Agar bersemi selamanya

Aku pergi

Aku pergi jauh sendiri
Membawa hati yang luka ini
Mencari realiti
Bahawa kau sudah tiada disisi
Yang dulunya pernah
Menghadirkan sejuta rasa
Yang dapat ku semat dalam dada
Hanya kau selamanya

Meskipun jauh kita berada
Namun hati ku masih cinta
Tanpa rasa
Segelumat benci di dada

Tanpa kau terasa sunyi
Tak mampu lagi aku berdiri
Kerna kau sudah biasa menemani
Segenap hidupku yang indah ini

Tapi kini
Kenangan hanya tinggal kenangan
Kau yang dulu
Tidak akan pernah kembali

Semua ini berlalu
Pantas hingga membuatkan
Aku mati tersentak realiti
Kerna terbuai dengan fantasi
Kononnya kita bersatu kembali
Meski banyak halangan yang perlu ditempuhi

Cuba ..

Cuba .. kau fikirkan
Perasaan aku tatkala ini
Dikala ingin mengecapi bahagia
Dikala ingin merasai ertinya
Datangnya derita yang tak ku duga

Cuba .. kau fikirkan
Apa yang aku sedang rasai
Tatkala ini tanpa engkau disisi
Mengharungi semuanya seorang diri
Sakit .. namun ku tetap gagahi
Untuk teruskan sisa hidupku ini

Cuba .. kau fikirkan
Seksa yang ku hadapi tanpa dirimu
Hancur luluh segenap hatiku
Bagai direntap duri sembilu

Namun
Aku akan selalu menunggu
Kepulanganmu biarpun
Hingga ke nafas terakhir